WANITA HANYA MENGAMBIL MASA 3 MINIT MEMILIH PASANGAN

on Wednesday, February 2, 2011




satu artikel yang menarik minat street semasa makan nasi lemak pagi tadi..


Menurut kajian di Britain,seseorang wanita itu hanya mengambil masa 3 minit untuk

menilai seseorang lelaki yang baru dikenali untuk menjadi pasangannya.Seorang wanita tidak 

memerlukan masa yang lama dalam membuat pemilihan pasangan kerana mereka selalunya 

menilai melalui pertemuan pertama.Fakta ini disokong oleh lumrah wanita yang suka akan 

kesempurnaan dan kecantikan.Mereka lebih mempercayai gerak hati tanpa mengambil masa 

yang lama untuk menilai.Pasangan dinilai dari beberapa aspek seperti cara penampilan,rupa 

paras,percakapan(loghat),

ketinggian dan bentuk tubuh badan.Oleh itu,lelaki yang pandai menjaga penampilan lebih 

menjadi pilihan wanita era kini.Hasil kajian ini juga menunjukkan hampir 75%

hubungan yang terjalin antara pasangan ini berkekalan lebih lama.



Oleh itu,street nasihatkan kepada lelaki-lelaki yang baca artikel ni,pandai-pandailah menjaga 

penampilan anda kerana wanita pada masa sekarang amat mementingkan pemilihan yang 

sesuai.Tambahan, jangan terlalu over berfesyen kerana anda akan nampak ganjal dimata 

wanita disamping anda menipu diri anda sendiri.Cukuplah berpakaian kemas dan bersahaja 

sesuai dengan diri anda.



Nasihat street bagi wanita pula,taksiran pada seseorang lelaki amat penting pada pertemuan 

pertama,tetapi janganlah hanya menilai dari segi luaran sahaja sebaliknya berikan lebih masa 

untuk menilai budi pekerti antara satu sama lain.Satu kekurungan yang ada pada seseorang 

itu akan diselitkan pula dengan satu kelebihan yang lain samaada kita sedar atau 

tidak.hubungan yang indah dan bercahaya datang dari hati yang jujur,tulus dan ikhlas.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© .:Person With A Shadow:. | All Rights Reserved
Themes ByMr.Sepet