Seluruh umat Islam perlu meningkatkan jihad mengubah keadaan menjadi lebih baik untuk umat Islam keseluruhannya. Jihad yang ikhlas adalah bukti kepada keteguhan iman dan kesungguhan merealisasikan tanggungjawab sebagai muslim.Jihad dalam Islam meliputi segala usaha dan perjuangan menjurus kepada tertegaknya agama Allah SWT supaya dapat diamalkan secara terbuka tanpa dihalang sesiapa. Jihad tidak terhad berperang di medan perang, tetapi merangkumi segala aktiviti dalam kehidupan umat Islam.
terdapat pelbagai cara untuk berjihat, bagi saya salah satu antara caranya adalah bersungguh-sungguh meningkatkan kalimah allah dan agama islam. Apa yang saya maksudkan disini adalah bagaimana perwatakan kita sebagai seorang muslim dan muslimah. Kita dapat berjihat dengan menurut perintah Allah S.W.T dan meninggalkan larangannya.
Salah satu jihad yang diamalkan oleh saya adalah cara berpakaian, islam amat menitik beratkan cara pemakaian. Saya petik kata-kata dari al-Quran, “Katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka.Dan katakanlah kepada kaum perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka”,surah 24 ayat 30-31.
Oleh itu cara saya berjihad adalah dengan berpakaian mengikut cara islam,menutup aurat serta tidak jarang mahupun ketat. Dengan cara ini saya dapat menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan islam dalam menjalani kehidupan saya sebagai hamba Allah yang bergerak di muka bumi yang penuh dengan pelbagai makluk ciptaan-NYA.
Selain itu saya juga berjihat dengan menunjukkan tingkah laku yang baik dalam menempuhi kehidupan sebagai insan yang kedil disisinya. Dengan menunjukkan tingkah laku dan budi pekerti yang baik,saya dapat memperlihatkan keindahan islam kepada orang bukan islam. Keiklasan dan kejujuran dalam setiap perbuatan ini akan menarik minat orang bukan islam untuk mengenali dan mendekati islam. Secara umumnya saya telah berjihat dengan cara ini. Contoh yang dapat saya berikan adalah seperti saya mengambil berat tentang jiran dan sahabat saya yang bukan islam. Saya melawat dan menziarahi mereka ketika mereka sakit dan menghulurkan pertolongan disaat mereka memerlukan bantuan.
Sebagai seorang pelajar yang mempunyai pengalaman kerja sebelum meneruskan pelajaran,saya dapat berjihad dengan mengutamakan aspek-aspek yang ada dalam cara perniagaan islam. Saya tidak menjual melebihi harga sepatutnya, tidak menipu dalam pengiraan dan sentiasa bersikap jujur dengan pelanggan. Seperti di zaman rasullullah S.A.W. dengan keperibadiaan serta kejujuran yang ditunjukkan dalam perniagaan telah menarik minat orang bukan islam untuk memeluk islam tanpa sebarang paksaan dan kongkongan.
Konklusi yang dapat saya nyatakan disini adalah setiap orang perlu mempunyai perasaan jihat dalam diri serta sikap rendah diri sebagai mahkluk Allah S.W.T. Setiap manusia juga mempunyai cara jihat yang tersendiri,apa yang penting adalah cara itu tidak bertentangan dengan syariat islam. Jihad yang sebenar adalah jihat dalam diri kita sendiri dalam merealisasikan islam dan caranya dalam kehidupan kita di era globalisasi yang penuh dengan lincah liku dugaan dan cabaran.
p/n : nak tolong cikit2 boleh la..nnti kna bljr buat sendiri.. :P
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment