RAHSIA MENDEKATI SI GADIS

on Sunday, January 8, 2012


Rasanya dah lama aku menyepi dari dunia blog nie..hehe..Sekarang practical..banyak masa yang terluang…Terasa nak ledakkan dunia blog aku kembali..BoOMmM!!Bukan curi tulang ok :P..Hari nie sedang aku merosok dan merobek Google…aku terjumpa satu artikel nie tentang rahsia Si gadis yg patut diketahui wanita..aku rasa menarik untuk dikongsi.. aku dah terjemahkan dan rumuskan bagi mudah dan senang difahami..(kalau panjang ada lak yang mengadu sakit otak atau jemu kan..huhu)..So setelah dirumuskan jadi la 3 aje..


RAHSIA #1: Kamu Tak Boleh Jadi Kawan atau Member Dia
Ini adalah diantara kesalahan yang selalu dilakukan kebanyakan lelaki. Korang kena tentukan,korang nak jadikan si gadis siapa dalam hidup korang..kebanyakan lelaki cuba jadi kawan sebelum memikat.. cara nie tak salah tapi agak susah sebab “mind control” si gadis dah set yang dia selesa dengan kamu sebagai sahabat or “best friend”… jadi pertemuan pertama korang  amat penting dalam menentukan tanggapan si gadis. Tunjukkan keistimewaan korang yang membuatkan gadis tersebut selesa dan teruja dengan korang,bukan sekadar macam “cukup2 jadi member”..bagi la special sikit..biar si gadis rasa korang sesuai dengan dia..


RAHSIA #2: Kamu Kena Sentuh Dan RasA Hati Si Gadis
Kadang-kadang mesti korang terfikir,kenapa la si dia melakukan tingkahlaku sebegitu? Korang mesti nak tahu rahsia dia. Kata bahasa ibunda aku “depa buat perangai macam depa”..ini disebabkan apa yang selalu dilakukan oleh  mereka adalah bagaimana cara mereka menentukan kebanyakan keputusan mereka..hehe mesti korang dah pening dengan apa yang aku tulis nie.. (relaks,jgn pecah otak..aku bagi mudahkan sikit)..erti mudahnya lelaki membuat keputusan berdasarkan logik manakala si gadis mengikut emosi dan perasaan.kebanyakan keputusan yang si gadis buat adalah atas apa yang si gadis rasa..kalau best..best la… jadi seseorang lelaki itu perlu tahu dimana picu yang betul untuk mencuit hati si gadis.


RAHSIA #3: Seorang  Lelaki Itu Tidak Perlu Kacak,Sasa,Atau Kaya
mesti korang sendiri pernah lihat orang luar atau member korang sendiri yang korang rasa hairan dengan mereke sebab boleh keluar dengan gadis2 yang “cantik”dan “Tip Top” …sedangkan korang rasa korang dengan diorang,korang lagi hensem..hehe..  seperti yang aku katakana tadi si gadis membuat keputusan berdasarkan emosi dan hati..bila cuit kena tempat mesti lekat… cara kamu berpakaian cukup sekadar kemas dan selesa dipandang si gadis…tak perlulah bergaya terlampau..apa yang penting cara kamu membawa diri dan tidak kekok..biar dia rasa tenang  dan selamat bila bersama kamu..lumrah bagi wanita akan mencari lelaki yang dirasakan boleh melindungi.



Rasanya cukup sekadar itu yang aku kongsi dengan korang harini..kalau ada salah atau silap aku mohon maaf..komen dari korang amatlah aku hargai untuk baiki lagi cara aku olah sesuatu topic..dan terima kasih sebab sudi baca entri aku nie..hehehe.. TQ3!!!
(saja wat truk :P)…

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Mr. Sepet said...

wahh .. come back ..


January 8, 2012 at 8:05 AM
streetboyZ said...

im return...hehehe!!!!


January 9, 2012 at 2:08 AM
 
© .:Person With A Shadow:. | All Rights Reserved
Themes ByMr.Sepet