Sinopsis Movie Hantu Kapcai

on Friday, October 5, 2012





Sinopsis Movie Hantu Kapcai


Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan

wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak)

demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam

perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya

iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga

Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela

di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.


Pengarah
Ghaz Abu Bakar


Lakonan
Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen, Dian P.Ramlee, Riz Amin





Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

kitatauke said...

tak tgk lagi citer ni..tapi kalau lebih kurang ngan hantu bonceng..rasenya zizan perlu pilih filem berkualiti utk jaga kepopularan dia...sekadar pendapat..


November 12, 2012 at 7:57 PM
streetboyZ said...

rasanya saya sependapat dgn anda..
xpi ada nampak sedikit kelainan dari watak yg dipegang oleh zizan..
mintak2 lps nie lebih berkualiti kan,.. :)


November 17, 2012 at 3:31 AM
 
© .:Person With A Shadow:. | All Rights Reserved
Themes ByMr.Sepet